5 Soalan PANAS!

>> Thursday, December 4, 2008

Tidak Tumpang Populariti Ustaz Harun Taib?


1. Ustazah merupakan isteri kepada mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib. Bergiat aktif dalam politik dan kini memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. Benarkah Ustazah menumpang populariti suami, Dato’ Harun Tiab?


Ustazah Zainab: (ketawa)… bagi saya itu tidak benar, sebab naik saya sebagai ketua bukan kerana ketokohan suami saya. Sebab masih ramai tokoh-tokoh pimpinan tetapi isterinya tidak nampak ke hadapan. Jadi sebagai dalilnya, saya memegang Ketua Muslimat PAS kawasan Hulu Terengganu kira-kira 23 tahun lalu.

Maknanya bukan atas populariti suami saya (ketawa). Saya aktif dengan PAS pun sejak balik daripada Al-Azhar, Mesir. Saya habis belajar buat B.A pada tahun 1982 setelah tamat pengajian.

Saya tidak minta kerja dengan kerajaan. Kami telah berjanji dan berpakat semasa duduk (belajar) di Mesir, saya tidak akan memegang atau bekerja dengan kerajaan apabila pulang ke tanah air (Terengganu).

Berkhidmat untuk Islam dan saya pernah ditawar untuk bekerja dengan kerajaan dan surat tawaran itu pun masih ada saya simpan hingga hari ini. Saya salah seorang peminjam Yayasan Terengganu dan Alhamdulillah, sekarang saya sudah habis jelas hutang itu.


2. Ustazah pernah memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan pernah tewas dalam pemilihan di Muktamar Tahunan parti itu. Ada berlakukah perpecahan, ‘berpuak-puak’ dalam Dewan Muslimat?

Sebenarnya, jika ditanya kenapa saya bertanding jawatan Ketua Muslimat waktu itu. Sebelum itu, saya sebagai wakil Muslimat Negeri selalu pergi mesyuarat dan sebagai seorang yang faham Islam. Saya dapat melihat terdapat sesuatu perkara yang kurang elok sebagai sebuah gerakan Islam PAS.

Jadi, apabila saya dipilih dan dicadangkan oleh beberapa negeri dan untuk kebaikan Islam saya berpendapat wajib saya bertanding untuk kebaikan Islam. Bagi saya, kalah-menang itu kerja Allah SWT. Kerja saya untuk meneruskan perjuangan Islam.

Kadang kala kita naik dan kadangkala kita turun. Jika orang kata ada perpecahan, saya rasa jika untuk satu matlamat untuk memperjuangkan Islam tidak menjadi masalah.

Ini kerana, masalah pemikiran antara satu sama lain tidak sama. Orang yang mengaji (belajar) di Mesir tidak sama dengan orang yang mengaji bidang Perubatan (profesional).

Walau macam mana pun, kita kea rah untuk memantpakan perjuangan kita (Islam). Umpamanya, bahagian doktor, profesional dan bahagian ustazah yang penting untuk memajukan jemaah.

Jika sama-sama satu matlamat tidak timbullah sampai jadi perpecahan dan sebagainya. Sebab, perjuangan PAS ini saya nampak kita bukan kejar gaji besar tetapi kita kena infak wang ringgit kita pula pada perjuangan parti.

3. Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu pada 1 November lalu menyaksikan kelantangan, rayuan dan rintihan dari wakil Nisa’ terhadap kebimbangan mereka betapa kaum remaja wanita kurang berminat menyertai Amal Nisa’ atau Muslimat PAS, komen ustazah?

Setahu sayalah, yang tua ini memang bekerja tetapi bagi saya iaitu zaman saya muda dahulu, zaman anak seorang kita boleh mentarbiah orang tua dan orang muda. Zaman yang ada hari ini, saya nampak macam orang muda dia hendak hanya untuk orang muda dan payah mendekati orang tua.

Saya pernah cadang kepada Nisa’ negeri buat program kecil-kecil seperti tuisyen dan melalui itu kita boleh sampaikan tazkirah. Tetapi saya lihat tuisyen yang ada semua berbayar belaka.

Cuba kita tarik anak-anak muda dengan tuisyen tetapi masalahnya kurang tenaga. Sekarang ini, kita nampak Nisa’ hendak tarik orang muda dengan program bermain. Saya berpendapat program bermain (sukan) pun payah juga tetapi memang kenalah sebab remaja sekarang memang suka bermain.

4. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu di Terengganu tidak meletakkan calon wanita sebagaimana di Kelantan. Muslimat PAS Terengganu tidak ada ketokohan atau tidak bersedia?

Saya menganggotai Dewan Harian dan saya sebut dalam mesyuarat. Jika pimpinan hendak kita (muslimat) bersedia mengemukakan calon-calon di kalangan muslimat. Kita sudah ada nama dan nama-nama itu dicadangkan di peringkat kawasan kepada negeri.

Ini termasuk, nama saya sendiri turut dicadang oleh kawasan-kawasan. Dan saya juga mencadangkan beberapa nama lain daripada muslimat untuk diketengahkan di peringkat pusat. Saya juga beritahu pimpinan negeri jika hendak pilih calon mesti pilih di kalangan muslimat yang bekerja untuk parti dan bukan ‘bidan terjun’.

Kita bersedia dan jika pimpinan mahu calonkan muslimat bertanding. Dan jika kita (PAS) menang negeri Terengganu telah buat dan diwartakan jika tidak ada calon wanita memang dia (kerajaan) ambil sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang tidak pegang kawasan. Jadi Adun yang tidak mewakili mana-mana Dun tetapi boleh bercakap dan bersuara dalam Dewan Undangan Negeri.

5. PAS Terengganu gagal pertahankan kemenangan memerintah negeri pada tahun 2004. pilihan Raya Umum ke -12 pula, PAS hanya boleh menang lapan kerusi Dun. Masalah pimpinan lama atau calon ‘muka lama’ dipersalahkan. Ustazah macam mana pula?

Muka lama dipersalahkan. Kita tidak boleh hendak menafikan juga dan kita tidak boleh hendak katakan ‘ya’ juga seperti di Dewan Undangan Negeri (Dun) ini, muka lama (ustaz Harun) boleh menang. Tetapi ada setengah Dun yang memang orang tidak mahu sungguh tetapi pimpinan masih ambil jadi calon.

Silap di mana itu, Allah SWT lebih mengetahuinya. Kadang-kadang kita (muslimat) sudah beritahu, orang ini tidak patut lagi bertanding walaupun nampak dia calon hebat tetapi di peringkat Dun dia (calon) tidak hebat. Kadangkala orang (pengundi) pilih bukan kerana parti tetapi kerana orang (calon), dan ada orang (pengundi) pilih kerana parti dan ada orang (pengundi) pilih kerana orang (calon).

Kita hendak kata macam itu hak masing-masing. Semasa kita (PAS) menang tahun 1999 pun kita tidak sangka boleh menang. Dan zaman kita (PAS) kalah, ramai orang rasa PAS tidak kalah.walau macam mana pun pada hari mengundi saya boleh nampak Dun Manir ‘berlawan’ cukup kuat.

Saya sendiri berlawan dengan orang UMNO dan jika di Dun lain tidak berlawan boleh jadi kalah. Pilihan Raya tahun 2004, di Dun Manir kita lihat hebat dia (UMNO) bekerja dari kita (PAS).

Read more...

SIAPA "ABU BASIR" DALAM PAKATAN RAKYAT????

>> Wednesday, October 1, 2008

Dalam sirah, tercatit kisah berkenaan perjanjian hudaibiyyah yang telah dimetrai sendiri oleh Rasulullah SAW dengan seorang tokoh kuffar yang bernama suhail bin Amr.

Dalam perjanjian itu, ramai dari kalangan sahabat mendakwa bahawa ianya adalah berat sebelah. Dakwaan itu bermula apabila salah satu perjanjian itu menyatakan bahawa, mana-mana orang Makkah yang masuk islam, lalu lari ke madinah, maka wajib dari kerajaan islam madinah menghantar orang tersebut ke makkah.

Perjanjian itu diterima oleh Rasulullah SAW dengan hati terbuka, tetapi agak tidak berpuas hati oleh sebilangan besar para sahabat rasulullah.

Gambaran tidak puas hati itu lebih terserlah apabila salah seorang sahabat nabi SAW yang berasal dari makkah, lalu masuk islam di makkah dan lari ke Madinah, iaitu Abu basir.

Apabila perjanjian itu telah dimetrai oleh nabi SAW, menyebabkan dua tokoh kuffar yang bernama Al-Azhar dan Al-Akhnas bin As-Syariq As-saqafi telah datang berjumpa dengan nabi SAW untuk meminta agar diserahkan Abu basir kepada mereka.

Nabi SAW dengan hati terbuka telah memanggil Abu Basir, meminta agar beliau mengiktu sahaja dua kafir itu untuk kembali ke Makkah.

Tindakan Nabi SAW itu mendapat tentangan hebat dari para sahabat, tetapi tidak diendahkan oleh Nabi SAW disebabkan perjanjian yang telah dimetrai, islam mewajibkan ditunaikan.

Sabda nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ

Maksudnya;
"Orang islam itu disisi syarat mereka[1]"

Abu Basir pun pada asalnya tidak mahu mengikut dua orang kafir itu, tetapi disebabkan Nabi SAW tidak redha Abu Basir berada di madinah, menyebabkan beliau terpaksa akur.

Dalam perjalanan ke Makkah, sebilangan orang-orang Badwi telah datang berbual-bual dengan Abu Basir, menyebabkan Abu Basir meminjam senjata kepunyaan si badwi. Apabila memegang senjata itu, menyebabkan Abu Basir menggunakan kesempatan itu menikam Al-Azhar, iaitu salah seorang dari kafir yang datang mengambilnya. Apabila mati Al-Azhar menyebabkan Al-Akhnas takut dan lari ke Madinah berjumpa dengan Nabi SAW dan melaporkan berita tersebut kepada Baginda SAW.

Mendengar laporan itu, baginda SAW menyatakan tidak akan bertanggungjawab terhadap perbuatan Abu basir, kerana ia berada diluar kawalan Baginda. Jawapan nabi itu menyebabkan Al-Akhnas hampa dan terus pulang ke Makkah dalam ketakutan.

Selepas Al-Akhnas berlalu pergi, maka datang Abu Basir kepada Rasulullah SAW dan melaporkan tindakannya yang telah membunuh Al-Azhar. Baginda SAW juga menyatakan bahawa Baginda tidak bertanggungjawab terhadap perbuatannya, disamping tidak ridha Abu Basir berada di Madinah.

Keadaan itu menyebabkan Abu Basir telah melakukan satu gerakan di persisiran pantai untuk menghalang para arab Quraish makkah untuk berniaga. Tindakan Abu basir dan pengikutnya menyebabkan ekonomi makkah lumpuh, sehingga para kafir ketika itu telah berjumpa dengna Baginda SAW untuk membatalkan salah satu kandungan perjanjian Al-Hudaibiyyah yang tidak membenarkan orang islam Makkah berada di Madinah.

Sejak dari itu, orang Islam di makkah sudah mudah berada di Madinah, menyebabkan antara orang Makkah dan Madinah sering berurusan sehingga mereka berjaya melakukan usaha dakwah yang kuat, menyebabkan sepuluh tahun selepas dari perjanjian tersebut, islam buka sekadar memerintah di madinah, tetapi Makkah juga telah menjadi kepunyaan islam.

PENGAJARAN

Dari kisah ini, kita dapat melihat inilah kebijaksanaan politik nabi SAW dalam berusaha hendak menguasai makkah dengan pelbagai toleransi yang telah dilakukan oleh Nabi SAW. Keadaan ini amat sama berlaku dalam pakatan rakyat yang baru ditubuhkan selepas dari Pilihanraya ke 12.

Memang tidak dinafikan, dalam pakatan rakyat, banyak perkara islam agak kurang berjaya dilaksanakan. Tetapi, sebenarnya, kita perlu kuatkan usaha kita dalam memahamkan rakyat dengan islam, agar Islam dapat memerintah di Malaysia, seperti islam memerintah makkah selepas dari kejadian Perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Dalam kisah perjanjian Al-hudaibiyyah, kita dapat melihat Abu Basir menjadi penyebab keadaan ekonomi dan situasi politik orang di Makkah tergugat, maka keadaan di Malaysia agak sama berlaku, apabila kehadiran Anwar Ibrahim penyebab pihak BN tergugat.

Dalam kes perjanjian Al-hudaibiyyah, nabi bijak dalam berinteraksi dengan tidak mudah melatah, tetapi megambil sikap agar menyelamatkan Madinah dengan tidak menjemput Abu Basir duduk di Madinah selepas dari membunuh salah seorang kafir dalam perjalanan, tetapi menyerahkan bulat-bulat kepada Abu basir untuk bertindak terhadap orang-orang kafir ketika itu.

Keadaan ini agak sama dengan sikap Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang tidak mencadangkan kepada Anwar masuk PAS, tetapi membiarkan Anwar bertindak dengan segala propaganda yang dilakukan bagi menggugat BN/UMNO.

PENUTUP

Padaku, kehadiran Anwar ibrahim dalam politik Malaysia untuk mengugat BN/UMNO tidak boleh dinafikan. Tetapi, yang paling penting bagi kita adalah, bagaimana kita mahu mengambil kesempatan yang ada dalam memahamkan rakyat dengan islam, justeru itu memerintah islam dengan baik.

Oleh itu, perkuatkan saf-saf perjuangan. Hindarkan kekerasan perjuangan, tetapi dampingi rakyat dengan segala kebijaksanaan untuk menyampaikan Islam kepada mereka.

Jika ini dilakukan, tidak mustahil, 2 penggal pilihanraya akan datang, islam bukan sekadar memerintah Kelantan dan kedah, tetapi kerajaan pusat akan dikuasai oleh islam, dan ternyata Islam berjaya dilaksanakan dengan baik, tanpa melahirkan sebarang kekacauan dalam perlaksanaan.

Sekian

Read more...

Al-kisah di sebuah negeri.

>> Sunday, September 28, 2008

"Sebelum kisah bermula, oleh sebab negeri ini sudah ratusan tahun lamanya dijajah dan walaupun kini ia telah merdeka, namun para pemimpinnya masih tetap lagi pengekor dan sekepala dengan penjajah, maka ada baiknya kita mendengar satu pepatah penjajah yang masih diamalkan di negeri ini. Pepatah itu berbunyi,

“The only time politicians tell the truth is when they call each other liars”
(satu-satunya masa di mana politikus bercakap benar adalah, apabila mereka memanggil sesama mereka pembohong)

Inilah gambaran politik yang ada di negeri yang akan dikisahkan ini, kerana pemimpinnya memang hebat sehebat penjajah juga dari segi putar belitnya. Oleh sebab kisahnya agak panjang, maka diringkaskanlah cerita ini hanya kepada perkembangan mutakhir sahaja, agar tidak mem‘boring’kan pembaca yang tidak setia.

Negeri ini diperintah oleh seorang Raja dan seorang Bendahara yang katanya tidak gila kuasa, cuma dengar cakap menantu sahaja. Menteri-menterinya pula adalah terdiri dari katak-katak yang suka melompat. Terdapat seorang hero di negeri tersebut yang ingin memberontak terhadap Bendahara yang dikatakan lembik lagi korup. Hero ini ternyata hebat kerana mempunyai satu kumpulan yang kuat dan penyokong-penyokong yang ramai. Hero ini juga turut di sokong oleh kumpulan-kumpulan lain yang bergelar “Yu” dan “Na” yang agak kuat juga. Dalam proses demokrasi yang diajar oleh penjajah di negeri tersebut, kumpulan mana yang mempunyai bilangan yang ramai di Dewan Persidangan, maka dialah yang memerintah.

Al-kisah, kumpulan yang memerintah negeri tersebut bergelar “Be End”. Dek kerana kumpulan hero yang kuat ini telah bergabung dengan kumpulan Yu dan Na, maka bertambah kuatlah pasukannya di dewan Persidangan, cuma kekurangan 30 kerusi sahaja untuk hero menjadi Bendahara, menggantikan Bendahara yang lembik dan korup dan dengar cakap menantu tadi. Selain penyokong yang ramai, si hero memang pandai bermain kata-kata dan inilah yang paling ditakuti oleh Bendahara. Suatu hari, si hero mengisytiharkan bahawa sebilangan menteri-menteri katak lompat telah bersetuju untuk melompat ke kumpulan hero. Kisah lompat melompat ini diulangnya setiap hari, setiap pekan dan setiap purnama. Dan hero dengan beraninya menyatakan tarikh keramat si katak akan melompat beramai-ramai ialah pada 16 September. ‘Dateline’ 16 September diletakkan oleh hero demi mencapai impiannya untuk mengambil alih singgahsana sang Bendahara. Kumpulan Yu dan Na pun tidak putus-putus memuji-memuji dan menaruh harapan kerana jika hero berjaya ke puncak singgahsana, mereka pun tentunya dapat menumpang sekaki dua.

Tarikh 16 September betul-betul telah menggamatkan suasana dan menimbulkan kekecohan di dalam negara. Para penyokong hero terus menanti dan berharap manakala kepada Bendahara, tarikh tersebut menjadi igauan ngeri sehinggakan terpaksa menghantar lebih kurang 50 orang menteri katak lompat ke Taiwan untuk mempelajari teknik-teknik menanam sayur yang terkini, bagi mengelak mereka melompat ke kumpulan hero.

Sekonyong-konyong, 16 September pun berlalulah sudah, namun tidak ada apa-apa yang berlaku. Para penyokong hero melopong dan pihak musuh keriangan. Tak apa, si hero masih tenang dan tahu apa nak buat. Si hero lalu menabur harapan lagi. Katanya, tepat jam 2 petang 16 September akan adakan satu sidang akhbar kerana ada ‘berita gempar’ akan diumumkan. Maka bertempiaranlah para pemberita sana dan sini yang tak sabar ingin tahu apakah ribut atau taufan yang bakal melanda. Rupanya, cerita basi juga yang keluar bahawa si hero telah mempunyai nama nama-nama si katak lompat yang terpaksa dirahsiakan atas alasan keselamatan.

Untuk me‘maintain’kan semangat penyokong yang semakin merudum, si hero pun terpaksa menimbulkan gimik baru pula, kali ini beliau mengajak sang Bendahara yang dahulunya ketakutan berjumpa untuk membincangkan tentang isu peralihan kuasa. ‘Perbincangan’ ini penting katanya, kerana tidak mahu mengganggu ketenteraman dan keselamatan rakyat jelata. Si Bendahara pun sudah pandai kali ini, tipu helah si hero sudah dibaca...wakenabeb! takkanlah nak biarkan si penyamun berbincang pelan menyamun dengan tuan rumah, hang ingat aku ni bodoh sangat ke?

Kepada semua penyokong yang masih terkebil-kebil, si hero berkata,

“Saya merayu kepada semua rakyat jelata, khasnya yang mahukan perubahan, agar memahami keadaan dan bersabar sedikit lagi kerana kita tidak mahu melanggar Perlembagaan, peraturan dan qanun negara”

Sang penjajah yang selama ini berminat dengan hero dan senantiasa memerhati dari jauh, terus melaporkan bahawa telah ada perbincangan antara wakil hero dan pihak Bendahara tentang peralihan kuasa. Gila sungguh!!! Marah sang Bendahara, mana ada? Ini perkara paling gila yang pernah saya dengar, ujar Bendahara dengan marahnya, apabila membaca berita tersebut. Takut dicop penipu, si hero lalu buatlah statement menjelaskan yang tak ada apa-apa perbincangan yang berlaku.

Alamak! Apa sudah jadi? Skrip sudah lari, rupanya seorang apek yang bersemangat selaku jurupenerang kepada hero kata, sudah wujud perbincangan antara kumpulan hero dengan orang tengah Bendahara mengenai peralihan kuasa. Tiba-tiba hero menafikan pulak wujudnya perbincangan...aiseyman! suey betulll!

Rupa-rupanya, bukan si apek jurupenerang sahaja yang bikin rosak itu skrip, salah seorang ahli kumpulan Yu juga sudah lari dari skrip dengan menabur berita surat sudah dihantar kepada Raja memerintah untuk mengadap dan membuktikan sikatak lompat sudah ada dalam tangan. Kumpulan hero sekali lagi menafikan telah berbuat demikian. Alamak! Sekali lagi kantoi...

Oleh sebab terdapat unsur-unsur penipuan di sini, justeru, satu mesyuarat tergempar telah diadakan yang memutuskan bahawa sesiapapun kini tidak boleh berkata-kata tentang isu katak lompat selain hero seorang sahaja. Yang belum pandai menipu, kena belajar dulu dari hero bagaimana cara nak menipu, jangan lawan tokey.

Read more...

Media 1

Media 2

Media 3

  © Terima Kasih Di Atas Kunjungan Anda Salam Aidil Fitri Daripada Kami Group Alusy 2008

Kembali Ke ATAS