Tidak Tumpang Populariti Ustaz Harun Taib?
1. Ustazah merupakan isteri kepada mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Harun Taib. Bergiat aktif dalam politik dan kini memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu. Benarkah Ustazah menumpang populariti suami, Dato’ Harun Tiab?
Ustazah Zainab: (ketawa)… bagi saya itu tidak benar, sebab naik saya sebagai ketua bukan kerana ketokohan suami saya. Sebab masih ramai tokoh-tokoh pimpinan tetapi isterinya tidak nampak ke hadapan. Jadi sebagai dalilnya, saya memegang Ketua Muslimat PAS kawasan Hulu Terengganu kira-kira 23 tahun lalu.
Maknanya bukan atas populariti suami saya (ketawa). Saya aktif dengan PAS pun sejak balik daripada Al-Azhar, Mesir. Saya habis belajar buat B.A pada tahun 1982 setelah tamat pengajian.
Saya tidak minta kerja dengan kerajaan. Kami telah berjanji dan berpakat semasa duduk (belajar) di Mesir, saya tidak akan memegang atau bekerja dengan kerajaan apabila pulang ke tanah air (Terengganu).
Berkhidmat untuk Islam dan saya pernah ditawar untuk bekerja dengan kerajaan dan surat tawaran itu pun masih ada saya simpan hingga hari ini. Saya salah seorang peminjam Yayasan Terengganu dan Alhamdulillah, sekarang saya sudah habis jelas hutang itu.
2. Ustazah pernah memegang jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan pernah tewas dalam pemilihan di Muktamar Tahunan parti itu. Ada berlakukah perpecahan, ‘berpuak-puak’ dalam Dewan Muslimat?Sebenarnya, jika ditanya kenapa saya bertanding jawatan Ketua Muslimat waktu itu. Sebelum itu, saya sebagai wakil Muslimat Negeri selalu pergi mesyuarat dan sebagai seorang yang faham Islam. Saya dapat melihat terdapat sesuatu perkara yang kurang elok sebagai sebuah gerakan Islam PAS.
Jadi, apabila saya dipilih dan dicadangkan oleh beberapa negeri dan untuk kebaikan Islam saya berpendapat wajib saya bertanding untuk kebaikan Islam. Bagi saya, kalah-menang itu kerja Allah SWT. Kerja saya untuk meneruskan perjuangan Islam.
Kadang kala kita naik dan kadangkala kita turun. Jika orang kata ada perpecahan, saya rasa jika untuk satu matlamat untuk memperjuangkan Islam tidak menjadi masalah.
Ini kerana, masalah pemikiran antara satu sama lain tidak sama. Orang yang mengaji (belajar) di Mesir tidak sama dengan orang yang mengaji bidang Perubatan (profesional).
Walau macam mana pun, kita kea rah untuk memantpakan perjuangan kita (Islam). Umpamanya, bahagian doktor, profesional dan bahagian ustazah yang penting untuk memajukan jemaah.
Jika sama-sama satu matlamat tidak timbullah sampai jadi perpecahan dan sebagainya. Sebab, perjuangan PAS ini saya nampak kita bukan kejar gaji besar tetapi kita kena infak wang ringgit kita pula pada perjuangan parti.
3. Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu pada 1 November lalu menyaksikan kelantangan, rayuan dan rintihan dari wakil Nisa’ terhadap kebimbangan mereka betapa kaum remaja wanita kurang berminat menyertai Amal Nisa’ atau Muslimat PAS, komen ustazah?Setahu sayalah, yang tua ini memang bekerja tetapi bagi saya iaitu zaman saya muda dahulu, zaman anak seorang kita boleh mentarbiah orang tua dan orang muda. Zaman yang ada hari ini, saya nampak macam orang muda dia hendak hanya untuk orang muda dan payah mendekati orang tua.
Saya pernah cadang kepada Nisa’ negeri buat program kecil-kecil seperti tuisyen dan melalui itu kita boleh sampaikan tazkirah. Tetapi saya lihat tuisyen yang ada semua berbayar belaka.
Cuba kita tarik anak-anak muda dengan tuisyen tetapi masalahnya kurang tenaga. Sekarang ini, kita nampak Nisa’ hendak tarik orang muda dengan program bermain. Saya berpendapat program bermain (sukan) pun payah juga tetapi memang kenalah sebab remaja sekarang memang suka bermain.
4. Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu di Terengganu tidak meletakkan calon wanita sebagaimana di Kelantan. Muslimat PAS Terengganu tidak ada ketokohan atau tidak bersedia?Saya menganggotai Dewan Harian dan saya sebut dalam mesyuarat. Jika pimpinan hendak kita (muslimat) bersedia mengemukakan calon-calon di kalangan muslimat. Kita sudah ada nama dan nama-nama itu dicadangkan di peringkat kawasan kepada negeri.
Ini termasuk, nama saya sendiri turut dicadang oleh kawasan-kawasan. Dan saya juga mencadangkan beberapa nama lain daripada muslimat untuk diketengahkan di peringkat pusat. Saya juga beritahu pimpinan negeri jika hendak pilih calon mesti pilih di kalangan muslimat yang bekerja untuk parti dan bukan ‘bidan terjun’.
Kita bersedia dan jika pimpinan mahu calonkan muslimat bertanding. Dan jika kita (PAS) menang negeri Terengganu telah buat dan diwartakan jika tidak ada calon wanita memang dia (kerajaan) ambil sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang tidak pegang kawasan. Jadi Adun yang tidak mewakili mana-mana Dun tetapi boleh bercakap dan bersuara dalam Dewan Undangan Negeri.
5. PAS Terengganu gagal pertahankan kemenangan memerintah negeri pada tahun 2004. pilihan Raya Umum ke -12 pula, PAS hanya boleh menang lapan kerusi Dun. Masalah pimpinan lama atau calon ‘muka lama’ dipersalahkan. Ustazah macam mana pula?Muka lama dipersalahkan. Kita tidak boleh hendak menafikan juga dan kita tidak boleh hendak katakan ‘ya’ juga seperti di Dewan Undangan Negeri (Dun) ini, muka lama (ustaz Harun) boleh menang. Tetapi ada setengah Dun yang memang orang tidak mahu sungguh tetapi pimpinan masih ambil jadi calon.
Silap di mana itu, Allah SWT lebih mengetahuinya. Kadang-kadang kita (muslimat) sudah beritahu, orang ini tidak patut lagi bertanding walaupun nampak dia calon hebat tetapi di peringkat Dun dia (calon) tidak hebat. Kadangkala orang (pengundi) pilih bukan kerana parti tetapi kerana orang (calon), dan ada orang (pengundi) pilih kerana parti dan ada orang (pengundi) pilih kerana orang (calon).
Kita hendak kata macam itu hak masing-masing. Semasa kita (PAS) menang tahun 1999 pun kita tidak sangka boleh menang. Dan zaman kita (PAS) kalah, ramai orang rasa PAS tidak kalah.walau macam mana pun pada hari mengundi saya boleh nampak Dun Manir ‘berlawan’ cukup kuat.
Saya sendiri berlawan dengan orang UMNO dan jika di Dun lain tidak berlawan boleh jadi kalah. Pilihan Raya tahun 2004, di Dun Manir kita lihat hebat dia (UMNO) bekerja dari kita (PAS).
Read more...